Antara obejktif penubuhan adalah:
1. Meneruskan kesinambungan aktiviti dalam KRS di kalangan pelajar lepasan sekolah dalam bentuk yang lebih luas dan berkesan kea rah menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat, negara dan bangsa
2. Menyediakan aktiviti-aktiviti yang berbentuk kemahiran dan ekonomi dalam usaha menggalakkan bekas-bekas KRS berusaha menjana penadapatan dalam sector perniagaan berasaskan kemahiran seperti ICT, fotografi, penulisan dan sebagainya
3. Menyediakan satu badan khas yang neutral untuk digerakkan sekiranya berlaku bencana alam seperti banjir, tanah runtuh dan sebagainya yang akan memberikan khidmat bantuan dalam apa jua bentuk bagi meringankan beban mangsa
4. Menyediakan kemahiran-kemahiran boleh guna dalam kehidupan selaras dengan kurikulum KRS itu sendiri dalam usaha melatih anggota-anggota briged berdikari dan berusaha mendapatkan pendapatan tambahan sewaktu menyambung pengajian atau setelah bekerja
5. Menyediakan golongan belia yang sihat, cergas, mencintai alam, beriman, berilmu dan beramal selaras dengan kehendak Motto KRS
6. Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan penyertaan anggota briged KRS sendiri, KRS dan juga jurulatih-jurulatih seperti majlis temu semula, berbuka puasa, perkhemahan briged, kursus asas kejurulatihan dalam bidang-bidang yang tertentu dan sebagainya.
7. Melaksanakan tugas sebagai remaja yang mengamalkan prinsip-prinsip rukunegara serta menghayati Ilmu, Iman dan Amal
Emailkan pertanyaan kepada brigedkrs@gmail.com
salam, admin bkrs. sila kunjungi laman blog kami di www.pbsatriawm.blogspot.com
BalasPadam