Jumaat, 13 April 2012

Cadangan-cadangan

Kurikulum Latihan

                Kurikulum yang dicadangkan adalah berteraskan kurikulum KRS dengan penambaikan serta tambahan-tambahan unsur sesuai dengan perkembangan remaja kea rah dunia kerjaya.

Selain dari meneruskan kesinambungan kurikulum KRS, kurikulum tambahan  adalah seperti yang dicadangkan :

1.       Kemahiran-kemahiran perlu seperti- kebombaan, menyelamat mangsa, Bantu Mula, Kefahaman dan Penghayatan Islam dengan kerjasama JPAM, Bomba dan Penyelamat,  BBSM, PDRM, ATM serta badan-badan lain yang dirasakan dapat membantu

2.       Kemahiran-kemahiran boleh guna seperti kemahiran fotografi, pengurusan perniagaan, penulisan, cetakan dan penerbitan dan sebagainya yang boleh menyumbang ke arah penjanaan ekonomi untuk individu dan sebagainya

3.       Kemahiran-kemahiran social dan kejurulatihan dalam KRS bagi membantu sekolah-sekolah yang memerlukan

4.       Kursus-kursus yang mampu menghasilkan pengetahuan, pendapatan serta faedah kepada anggota briged dalam menjana kehidupan masa akan datang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan